GEORGE TOWN: Polis merekodkan keterangan pegawai kanan polis yang terlibat dalam kejadian lelaki dan wanita terjatuh ke dalam laut di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini pada 15 Jan lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata pihaknya telah merekodkan keterangan lelaki berusia 37 tahun itu beberapa hari lepas yang ketika ini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
"Setakat ini, kami telah merekodkan keterangan pegawai kanan polis itu dan 12 individu lagi antaranya wanita terbabit, doktor yang merawat serta beberapa saksi yang melihat kejadian itu.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pegawai kanan polis itu mengalami kecederaan di kepala dan patah bahu sebelah kiri.
Media sebelum ini melaporkan wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang itu mendakwa ditolak rakan lelakinya yang juga pegawai kanan polis berpangkat Inspektor dan bertugas di Perak ketika mereka sedang bertengkar di hentian jambatan berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, tindakan pantas seorang lelaki iaitu anggota tentera yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang terjatuh ke dalam laut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
ACP Tan Cheng San berkata pihaknya telah merekodkan keterangan lelaki berusia 37 tahun itu beberapa hari lepas yang ketika ini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta. - Bernama
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Kes jatuh laut: Polis rekod keterangan 13 individu termasuk pegawai polis
Polis telah rekodkan keterangan pegawai kanan polis dan 12 individu lagi antaranya wanita terbabit, doktor yang merawat serta beberapa saksi.